Tuesday, 20 December 2016

Sambal Lonte

Bahan-bahan

- 1 biji bawang besar (potong 4)
- Belacan
- Cili Padi
- Cili besar (campur merah dan hijau)
- Tomato

Cara-cara
Panaskan minyak, gorengkan kesemua bahan di atas hingga layu.
Kemudian tumbuk atau blend. Siap :)

Ayam Palembang Raya

Bahan-bahan

- 1 ekor ayam (goreng setengah masak dan minyak jangan byk sgt)
- Kentang-ikut suka hati berapa biji (goreng dahulu)
- Bawang merah, bawang putih, halia 1inci (dikisar)
- Cili blend  (campurkan bagi sampai gelap sikit)
- Kicap manis (depends kita nak hitam mcm mana)
- Santan pekat (jgn byk sgt nanti tak sedap)
- Daun kari
- serai (diketuk dan bilangan ikut kesesuaian portion)
- Cili padi xyh hiris (in case kalau nak pedas)

Cara-cara

-Tumis bahan kisar sampai garing sikit
- Masukkan serai, daun kari/ cili padi. Lepas tu masukkan cili blend. Kacau sampai pecah minyak
- Lepas pecah minyak, masukkan santan, kemudian masukkan kicap
- Masukkan ayam, kemudian garam. Dah agak-agak kering sikit masukkan kentang. Siap :)

Sunday, 11 September 2016

Sayur sawi campur carrot

Bahan-bahan
- sayur sawi
- carrort
- 1/2 bawang besar merah (hiris)
- 2 ulas bawang putih (hiris)
- 2 ulas bawang kecik (hiris)
- minyak
- garam
- 1 sudu sos tiram
- cili merah (hiris)
- udang/ fish bal

Cara-cara
- Panaskan minyak
- Masukkan bawang besar, bawang putih dan bawang kecik, cili merah. Kacau hingga naik bau
- Masukkan udang
- Masukkan carrot dahulu sebab nak kasi lembut
- Masukkan sos tiram
- Masukkan sawi dan kacau sampai sayur layu
- Masukkan garam sedikit sahaja sebab tadi dah ada sos tiram



Friday, 29 April 2016

Sayur Bunga Kucai Goreng

Image result for bunga kucai
contoh bunga kucai
Bahan-bahan

- Sayur bunga kucai
- 1/2 Bawang merah-hiris
- 1-2 Bawang putih-hiris
- 1/2 Cili merah-hiris
- 1-2 keping tauhu-potong empat
- Garam
- Sos tiram

Cara-cara
1. Panaskan minyak
2. Masukkan bawang merah, bawang putih dengan cili merah. Masak sampai naik bau
3. Masukkan tauhu, kacau seketika untuk kasi tauhu sedikit masak dan garing
4. Masukkan sayur
5. Letak sos tiram-sedikit sahaja
6. Garam (jika perlu sebab sos tiram dah masi)


Thursday, 11 February 2016

Sambal tumbuk berapi

 Bahan-bahan
- 1 biji bawang besar
-2 ulas bawang putih
- cili padi hijau dan merah. Nk guna salah satu pun boleh-kuantiti ikut suka
- Ikan bilis-ikut suka byk mana
- Udang kering- ikut suka byk mana
-1 biji limau sambal
-garam
-gula

Cara-cara
- Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumbuk kasar saja
- Masukkan ikan bilis dan udang kering. Tumbuk kasar lagi
- Dah siap tumbuk, perahkan limau sambal
- Panaskan minyak kuantiti kena byk jugak, kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Goreng sampai dah agak2 nk bertukar warna jadi gelap
-Masukkan garam dan gula. Kalau dibiarkan kering boleh simpan lama.


Donut gebu

**Portion untuk makan, 4-5 org
Bahan-bahan A
1 paket yis kering-ambil setengah sahaja
1 sudu susu pekat
1/2 cawan air
1 sudu gula

Bahan-bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu marjerin
1 sudu teh baking poweder
1/2 sudu teh garam

-Campurkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk. Biarkan sekejap supaya yis naik berganda.
- Campurkan semua bahan-bahan B dalam mangkuk lagi satu. Kemudian gaulkan guna tgn dan masukkan bahan-bahan A yang ada yis tadi ke dalam mangkuk ini. Ramas lagi guna tgn sampai jadi adunan. Kalau xnk ramas,  biarkan terus selam 1 jam pun boleh (optional)
- Biarkan selama 1 jam, kalau adunan lembik jangan risau.
-Lepas 1 jam, tumbuk kan doh tadi utk buang angin.
- Ambil sedikit adunan, canai dan terapkan guna acuan donut. Ambil sikit tepung masa terap acuan untuk taknak kasi melekat
- Biarkan selama 30 minit then boleh goreng.






Thursday, 21 January 2016

Tempe Masak Taucu

Bahan-bahan

1 biji bawang besar merah- hiris
1-2 ulas bawang putih- hiris
Tempe di potong 
Ikan bilis-ikut suka byk mana
Cili hijau-hiris
Cili padi hijau-hiris
Taucu 
 Asam jawa-ambil air nya
Garam-kalau perli sebab taucu dah masin

Cara2

1. Panaskan minyak
2. Masukkan bawang besar merah dan bawang putih. Kacau sampai naik bau
3. Masukkan cili hijau dan cili padi
4. Masukkan tempe dgn ikan bilis, kacau lagi
4. Masuk air asam jawa. Kacau sampai menggelegak sikit
5. Masukkan taucu
6. Rasakan kalau tawar ke tambah garam sikit sahaja