**Portion untuk makan, 4-5 org
Bahan-bahan A
1 paket yis kering-ambil setengah sahaja
1 sudu susu pekat
1/2 cawan air
1 sudu gula
Bahan-bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu marjerin
1 sudu teh baking poweder
1/2 sudu teh garam
-Campurkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk. Biarkan sekejap supaya yis naik berganda.
- Campurkan semua bahan-bahan B dalam mangkuk lagi satu. Kemudian gaulkan guna tgn dan masukkan bahan-bahan A yang ada yis tadi ke dalam mangkuk ini. Ramas lagi guna tgn sampai jadi adunan. Kalau xnk ramas, biarkan terus selam 1 jam pun boleh (optional)
- Biarkan selama 1 jam, kalau adunan lembik jangan risau.
-Lepas 1 jam, tumbuk kan doh tadi utk buang angin.
- Ambil sedikit adunan, canai dan terapkan guna acuan donut. Ambil sikit tepung masa terap acuan untuk taknak kasi melekat
- Biarkan selama 30 minit then boleh goreng.
No comments:
Post a Comment