Thursday, 11 February 2016

Sambal tumbuk berapi

 Bahan-bahan
- 1 biji bawang besar
-2 ulas bawang putih
- cili padi hijau dan merah. Nk guna salah satu pun boleh-kuantiti ikut suka
- Ikan bilis-ikut suka byk mana
- Udang kering- ikut suka byk mana
-1 biji limau sambal
-garam
-gula

Cara-cara
- Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumbuk kasar saja
- Masukkan ikan bilis dan udang kering. Tumbuk kasar lagi
- Dah siap tumbuk, perahkan limau sambal
- Panaskan minyak kuantiti kena byk jugak, kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Goreng sampai dah agak2 nk bertukar warna jadi gelap
-Masukkan garam dan gula. Kalau dibiarkan kering boleh simpan lama.


Donut gebu

**Portion untuk makan, 4-5 org
Bahan-bahan A
1 paket yis kering-ambil setengah sahaja
1 sudu susu pekat
1/2 cawan air
1 sudu gula

Bahan-bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu marjerin
1 sudu teh baking poweder
1/2 sudu teh garam

-Campurkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk. Biarkan sekejap supaya yis naik berganda.
- Campurkan semua bahan-bahan B dalam mangkuk lagi satu. Kemudian gaulkan guna tgn dan masukkan bahan-bahan A yang ada yis tadi ke dalam mangkuk ini. Ramas lagi guna tgn sampai jadi adunan. Kalau xnk ramas,  biarkan terus selam 1 jam pun boleh (optional)
- Biarkan selama 1 jam, kalau adunan lembik jangan risau.
-Lepas 1 jam, tumbuk kan doh tadi utk buang angin.
- Ambil sedikit adunan, canai dan terapkan guna acuan donut. Ambil sikit tepung masa terap acuan untuk taknak kasi melekat
- Biarkan selama 30 minit then boleh goreng.