Friday, 16 October 2015

Resepi Garlic Bread


 Resepi Garlic Bread

Bahan-bahan
- Roti putih
- 5 biji bawang putih
- 4-5 sudu besar mentega
-  Parsley kering

Cara-cara
1. Kupas kulit bawang putih dan bersihkan. Balut bawang puth dalam aluminium foil dan bakar dalam 10-15 minit (guna pemanggang ajaib lagi mudah). Bakar jangan sampai hangus.
2. Dah siap bakar, ketuk bawang putih dengan pisau kemudian hiris halus-halus.
3. Cairkan mentega dalam periuk dengan api perlahan dan kemudian masukkan bawang putih yang dihiris tadi. Kacau sekejap sahaja dalam seminit  atau dah naik bau sikit boleh tutup api.
4. Masukkan  pula serbuk parsley kering ke dalam mentega tadi dan kacau rata (Parsley kering boleh letak byk mana yang anda suka).  Kemudian, ambil roti dan sapukan atas roti.
5. Bakar roti tadi di atas pemanggang. Agak-agak dah rangup boleh angkat dan hidang.


**Roti sedang dibakar

**Roti dah siap dibakar dan boleh dihidang


No comments:

Post a Comment