Bahan-bahan:
Bahan A (ditumbuk)
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Bahan B:
- 2 biji bawang besar.
(Sebiji hiris nipis dan sebiji saya hiris kasar)
Bahan C:
- Cili kisar
-belacan bakar
- Ikan bilis digoreng
Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak. Anggaran minyak masak lebih kurang setengah cawan. Memang masak sambal tumis minyaknya agak banyak.
2. Apabila minyak betul betul panas, masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi (Bahan B). Tumis bawang besar hingga naik bau. Masak sampai naik bau sahaja, jangan masak sampai dah kuning macam nak garing. Kalau macam garing dia macam 'tak jadi' sebab dia akan keras dan macam meliat. Jadi bawang tersebut tidak akan hancur dan jadi macam bertali.
3. Dah naik bau, tuangkan bahan kisar tumbuk (bahan A) dan cili kisar
4. Masukkan belacan bakar. Tumis lagi sampai terbit minyak
5. Masukkan gula. Yang ini pun ada banyak versi. Ada orang suka versi manis sedikit. Ada orang memang masak sambal tumis tak ada gula. Kita ikut majoriti di pasaran memang sambal tumis yang manis sedikit lebih digemari ramai. Saya guna 6 sudu gula perang (brown sugar). Selalunya saya letak gula nisan (gula kerek orang Terengganu panggil). Stok habis, guna apa yang ada. Gula putih atau gula melaka pun boleh.
6. Tumis sebentar. Gula akan 'caramelised'. Proses ini akan menyedapkan lagi sambal tumis kita. Sambal tumis akan bertukar dari warna merah oren kepada warna merah maroon apabila gula caramelized.
7. Masukkan air mengikut kepekatan yang diingini. Saya masukkan lebih kurang 3/4 cawan air.
8. Masukkan ikan bilis. Ini pun banyak versi, Ada orang goreng dahulu, Ada orang kisar sekali dalam bahan kisar, Ada orang goreng separa masak, Ada orang tak goreng.
9. Masukkan 3 sudu air asam jawa. Ada yang guna asam keping. Pun boleh. Dalam 2 ke 3 keping. Memang saya masak selalu guna asam keping, tetapi saya perasan sekiranya guna asam jawa rasanya lebih umph.
10. Masukkan garam secukupnya.
11. Biarkan bahan bahan tadi masak dengan mesra
Sumber resepi: Rafiza Idayu