Thursday, 2 November 2017

Sambal Ikan Bilis Sedap

Bahan-bahan:

Bahan A (ditumbuk)
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia 

Bahan B:
2 biji bawang besar.
(Sebiji hiris nipis dan sebiji saya hiris kasar)

Bahan C:
- Cili kisar
-belacan bakar
- Ikan bilis digoreng
Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak. Anggaran minyak masak lebih kurang setengah cawan. Memang masak sambal tumis minyaknya agak banyak.

2. Apabila minyak betul betul panas, masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi (Bahan B). Tumis bawang besar hingga naik bau. Masak sampai naik bau sahaja, jangan masak sampai dah kuning macam nak garing. Kalau macam garing dia macam 'tak jadi' sebab dia akan keras dan macam meliat. Jadi bawang tersebut tidak akan hancur dan jadi macam bertali.

3. Dah naik bau, tuangkan bahan kisar tumbuk (bahan A) dan cili kisar

4. Masukkan belacan bakar. Tumis lagi sampai terbit minyak 

5. Masukkan gula. Yang ini pun ada banyak versi. Ada orang suka versi manis sedikit. Ada orang memang masak sambal tumis tak ada gula. Kita ikut majoriti di pasaran memang sambal tumis yang manis sedikit lebih digemari ramai. Saya guna 6 sudu gula perang (brown sugar). Selalunya saya letak gula nisan (gula kerek orang Terengganu panggil). Stok habis, guna apa yang ada. Gula putih atau gula melaka pun boleh.

6. Tumis sebentar. Gula akan 'caramelised'. Proses ini akan menyedapkan lagi sambal tumis kita. Sambal tumis akan bertukar dari warna merah oren kepada warna merah maroon apabila gula caramelized.

7. Masukkan air mengikut kepekatan yang diingini. Saya masukkan lebih kurang 3/4 cawan air.

8. Masukkan ikan bilis. Ini pun banyak versi, Ada orang goreng dahulu, Ada orang kisar sekali dalam bahan kisar, Ada orang goreng separa masak, Ada orang tak goreng.

9. Masukkan 3 sudu air asam jawa. Ada yang guna asam keping. Pun boleh. Dalam 2 ke 3 keping. Memang saya masak selalu guna asam keping, tetapi saya perasan sekiranya guna asam jawa rasanya lebih umph.

10. Masukkan garam secukupnya.

11. Biarkan bahan bahan tadi masak dengan mesra


Sumber resepi: Rafiza Idayu 

Sup Sayur/ Sup Ayam

Bahan2 :
1/2 ekor ayam - kerat 8 - cuci bersih
1 inci halia- dimayang halus*
3 ulas bawang putih - dihiris nipis*
5 ulas bawang merah -dihiris nipis*
1 batang kecil kulit kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
2 biji buah pelaga*
1 paket sup bunjut*
1 sudu besar serbuk rempah sup
2 biji kentang-dipotong 6
1 keping asam gelugor
5 - 6 cawan air
garam secukup rasa
Sedikit minyak masak utk menumis
Aji - optional
daun sup & daun bawang- dihiris kecil utk ditabur ketika menghidang
Bawang goreng-ditabur masa menghidang

Cara2:
- Bersihkan ayam & toskan..
- Panaskan minyak, tumis bahan yg bertanda * hingga naik bau..
- Masukkan rempah sup...kacau seminit..
- Masukkan asam gelugor & air secukupnya, biarkan mendidih..
- Masukkan ayam..kemudian garam & aji secukup rasa...
- Masukkan kentang..biarkan sehingga ayam dan kentang cukup empuk.. sesuaikan rasa..
- Siap untuk dihidangkan dan jgn lupa tabur daun sup ,daun bawang & bawang goreng..

Mee Goreng

1kg mee kuning
1 biji bawang besar saiz sederhana*kisar
3 biji bawang putih*kisar
2 sudu besar lada kisar
1 sudu besar serbuk pati ayam
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu gula *
garam- rasa dulu kalau dah secukup rasa tak perlu letak
air 1-2 cawan
minyak utk menumis
sotong
udang
fish ball
fishcake
ayam potong dadu
sawi
1 biji tomato potong baji 8
tauge
(bahan2 ni nak letak banyak mana ikut suka)
Cara-cara
1. tumis bawang merah, bawang putih dan lada kisar sehingga naik bau dan pecah minyak
2. masukkan sos tomato, sos cili, kicap dan sos tiram..kacau sekata. masukkan serbuk pati ayam dan gula..
3. Masukkan ayam, sotong udang fish ball , fishcake
4. Kemudian tuang air dalam secawan dan masukkan sayur sawi dan tomato
5. masukkan mee dan kacau. kalau nampak mee agak kering boleh tambah air sikit dan kalau tawar blh tambah garam. last skali letak tauge dan kacau sekata

Sumber resepi: tahrunnisah Jali 

Mee Hun Singapore

Resepi Mihoon Singapore
1 bungkus mee hoon (dicelur sekejap dalam air panas hingga lembut toskan
2 biji bawang sederhana besar*
3 ulas bawang putih*
3 sudu besar udang kering*
1/2 tiub daging hancur
sotong dipotong (toskan)
udang dibuang kulit(toskan)
lobak merah dipotong halus
sawi
kobis
bebola ikan/fish cake
2 sudu kecil lada hitam tumbuk boleh kurang jika banyak
garam dan sedikit gula
bahan hiasan
daun bawang/sup
lada merah potong serong
telor hancur (3 biji telor dipecahkan-kacau dan curah dlm pan panas tanpa minyak serta kacau bagi hancur)
Sambal kicap
sedikit cili api
1 ulas bawang putih
kicap dan perah limau nipis
(tumbuk cili dan bawang hingga hancur. Masukkan dlm bekas kecil dan curah kicap dan perah limau)
Caranya
1. Bahan bertanda di tumbuk halus
2. Panaskan minyak dlm kuali, tumis bahan tumbuk hingga naik bau
3. Masukkan daging dan lada hitam ...hingga masak
4. Masukkan pula udang dan sotong
5. Jika terlalu banyak air sewaktu memasak (air dr sotong/udang) boleh
curah dlm bekas lain.. kemudian masukkan sayur dan bebola ikan dan
perisakan dengan garam/gula
6. Akhir sekali masukkan mee hoon tadi kacau sebati. Jika tawar tabur
sedikit garam.
7. Hidangkan dengan taburan bahan hiasan tadi diatasnya

Ikan Masak Sambal/ Kicap

Bahan A (Gaul rata)
4-5 keping ikan tenggiri
Serbuk kunyit
Garam .
.
🐟Bahan B
* 1 labu bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 2-3 sudu besar serbuk cili (boleh + / -)
* 2 cili merah (boleh tambah jika suka).......(Blend bahan bertanda *)
3 sudu besar sos tomato
Kicap masin secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cili padi (ketuk bagi pecah. Kuantiti ikut tahap kepedasan masing2. Tak perlu masukkan cili padi jika x suka pedas) 
1 labu bawang holland (hiris bulat)
Cili merah dan cili hijau (hiris serong)
1 biji tomato saiz besar (belah 😎 .
.
🐟Cara-Cara
1. Panaskan minyak secukupnya. Goreng ikan tenggiri hingga masak. Angkat dan ketepikan. 
2. Tinggalkan secukupnya minyak bekas gorengan ikan tadi. Masukkan bahan yang diblend. 
3. Masukkan sos tomato, kicap, garam dan gula secukupnya. Kacau sekali-sekala dan biar pecah minyak.
4. Rasa. Jika ok, boleh la masukkan ikan. Gaul rata. 
5. Masukkan bawang holland, segala mak nenek cili, dan tomato. Gaul. Siap. 

Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan
500gm Isi ayam yg telah dibersihkan,diasingkan dari tulang dipotong2 kiub sederhana besar
3 sudu besar kunyit serbuk*
1 sudu besar cili kisar*
2 ulas bawang putih - tumbuk halus*
2 sudu kecil tepung beras*
2 sudu kecil serbuk cukup rasa*
4-5 sudu air*
Garam secukup rasa
1 biji bawang holland dihiris
3 tangkai kacang panjang- patah2kan 2 inci
1/2 biji carrot - potong panjang2 sederhana
Minyak masak secukupnya
Cara2:
- Perap ayam dengan bahan2 bertanda (*) The bersama garam secukupnya selama 10minit..
- panaskan minyak yg agak banyak dalam kuali (goreng ayam pastikan ayam tenggelam)..
- bila minyak dah cukup panas masukkan ayam dan gorengkam hingga masak dan agak garing ye..
- Ayam dah masak, angkat dan toskan.. keluarkan minyak dari dalam kuali sehingga berbaki 2-3 sb sahaja minyak dalam kuali tersebut..
- hidupkan semula api dan tumiskan bawang besar holland, kacang panjang & carrot hingga masak.. tutup api, angkat dan satukan dgn ayam yg telah digoreng tadi.. gaul sekata..
P/s: untuk sotong dan udang tak perlu goreng terlalu lama ye..
Sumber resepi: Adnilsam Apat

Mee Sup

Bahan2:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil ( potongan soto) , dicuci bersih dan toskan
1 cawan udang segar
1/2 biji bawang besar holland - mayang nipis
1 labu bawang putih - ketuk bagi pecah
1 sudu besar serbuk lada sulah
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil jintan manis- tumbuk kasar
1 kiub pati stok daging
4 biji telur
2 biji tomato
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan2 pelengkap menu yg lain:
1kg mee kuning - celur dgn air panas
1 ikat sawi - celur
Cili kicap - resepi ada di bawah
Daun sup & daun bawang - hiris
Bawang goreng
Cili merah- hiris
Cara2:
- Tumis bawang putih yang diketuk dengan sedikit minyak... Masukkan bawang besar... Tumis sehingga wangi dan keperangan...
- Masukkan serbuk lada sulah, jintan manis dan serbuk lada hitam...Kacau seketika...
- Masukkan ayam dan kacau rata lagi sehingga ayam kecut dan air ayam kering...
- Masukkan air agak2 laa jumlahnya ye... Saya guna lebih kurang 1.5 liter..Masukkan kiub stok daging, udang, tomato dan garam secukup rasa... Biarkan kuahnya mendidih... Ketika kuah mendidih boleh masukkan telur sebiji demi sebiji.. Biarkan hingga telur2 masak..
- Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan dengan mee atau mee hoon pun boleh, bersama bahan2 pelengkap menu yg lain...
Cili Kicap
Bahan2:
cili padi - anggaran dalam 7 biji cili api merah dan hijau
1 ulas bawang putih
2-3 biji limau nipis - perah airnya
Kicap cair lee kum kee
Gula
Cara2:
Cincang halus bawang putih dan cili api...Masukkan air perahan limau nipis dan kicap cair... Akhir sekali sesuaikan rasa dan masukkan gula secukup rasa..

Sumber resepi: Adnilsam Apat 

sup ketam

RESEPI SUP KETAM

Bahan-bahannya :
● 4 - 5 ekor ketam saiz sederhana ( 1-2 ekor besar)
● 4 ulas bawang merah - dimayang
● 2 ulas bawang putih - diketuk
● 1 1/2 inci halia - ditumbuk pecah.
● rempah 4 beradik - kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih
● 1 sudu makan rempah sup, 1 sudu teh serbuk lada hitam
● daup sup
● bawang goreng
● sedikit minyak utk menumis - guna minyak zaiton/bunga matahari pun bagus
● Air secukupnya

Cara-cara memasaknya :


1. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Bersihkan ketam. Jika besar boleh potong 2.

3. Panaskan minyak. Masukkan rempah 4 beradik.

4. Bila dah wangi, masukkan rempah sup (campak saja). Kacau-kacau seketika.

5. Masukkan air. Biar hingga mendidih

6 Masukkan ketam. Biar hingga masak.

7. Tambah lada hitam dan garam secukup rasa.

8 Sebelum dihidangkan, boleh taburkan daun sup dan bawang goreng.