Thursday, 2 November 2017

Sambal Ikan Bilis Sedap

Bahan-bahan:

Bahan A (ditumbuk)
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia 

Bahan B:
2 biji bawang besar.
(Sebiji hiris nipis dan sebiji saya hiris kasar)

Bahan C:
- Cili kisar
-belacan bakar
- Ikan bilis digoreng
Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak. Anggaran minyak masak lebih kurang setengah cawan. Memang masak sambal tumis minyaknya agak banyak.

2. Apabila minyak betul betul panas, masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi (Bahan B). Tumis bawang besar hingga naik bau. Masak sampai naik bau sahaja, jangan masak sampai dah kuning macam nak garing. Kalau macam garing dia macam 'tak jadi' sebab dia akan keras dan macam meliat. Jadi bawang tersebut tidak akan hancur dan jadi macam bertali.

3. Dah naik bau, tuangkan bahan kisar tumbuk (bahan A) dan cili kisar

4. Masukkan belacan bakar. Tumis lagi sampai terbit minyak 

5. Masukkan gula. Yang ini pun ada banyak versi. Ada orang suka versi manis sedikit. Ada orang memang masak sambal tumis tak ada gula. Kita ikut majoriti di pasaran memang sambal tumis yang manis sedikit lebih digemari ramai. Saya guna 6 sudu gula perang (brown sugar). Selalunya saya letak gula nisan (gula kerek orang Terengganu panggil). Stok habis, guna apa yang ada. Gula putih atau gula melaka pun boleh.

6. Tumis sebentar. Gula akan 'caramelised'. Proses ini akan menyedapkan lagi sambal tumis kita. Sambal tumis akan bertukar dari warna merah oren kepada warna merah maroon apabila gula caramelized.

7. Masukkan air mengikut kepekatan yang diingini. Saya masukkan lebih kurang 3/4 cawan air.

8. Masukkan ikan bilis. Ini pun banyak versi, Ada orang goreng dahulu, Ada orang kisar sekali dalam bahan kisar, Ada orang goreng separa masak, Ada orang tak goreng.

9. Masukkan 3 sudu air asam jawa. Ada yang guna asam keping. Pun boleh. Dalam 2 ke 3 keping. Memang saya masak selalu guna asam keping, tetapi saya perasan sekiranya guna asam jawa rasanya lebih umph.

10. Masukkan garam secukupnya.

11. Biarkan bahan bahan tadi masak dengan mesra


Sumber resepi: Rafiza Idayu 

Sup Sayur/ Sup Ayam

Bahan2 :
1/2 ekor ayam - kerat 8 - cuci bersih
1 inci halia- dimayang halus*
3 ulas bawang putih - dihiris nipis*
5 ulas bawang merah -dihiris nipis*
1 batang kecil kulit kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
2 biji buah pelaga*
1 paket sup bunjut*
1 sudu besar serbuk rempah sup
2 biji kentang-dipotong 6
1 keping asam gelugor
5 - 6 cawan air
garam secukup rasa
Sedikit minyak masak utk menumis
Aji - optional
daun sup & daun bawang- dihiris kecil utk ditabur ketika menghidang
Bawang goreng-ditabur masa menghidang

Cara2:
- Bersihkan ayam & toskan..
- Panaskan minyak, tumis bahan yg bertanda * hingga naik bau..
- Masukkan rempah sup...kacau seminit..
- Masukkan asam gelugor & air secukupnya, biarkan mendidih..
- Masukkan ayam..kemudian garam & aji secukup rasa...
- Masukkan kentang..biarkan sehingga ayam dan kentang cukup empuk.. sesuaikan rasa..
- Siap untuk dihidangkan dan jgn lupa tabur daun sup ,daun bawang & bawang goreng..

Mee Goreng

1kg mee kuning
1 biji bawang besar saiz sederhana*kisar
3 biji bawang putih*kisar
2 sudu besar lada kisar
1 sudu besar serbuk pati ayam
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu gula *
garam- rasa dulu kalau dah secukup rasa tak perlu letak
air 1-2 cawan
minyak utk menumis
sotong
udang
fish ball
fishcake
ayam potong dadu
sawi
1 biji tomato potong baji 8
tauge
(bahan2 ni nak letak banyak mana ikut suka)
Cara-cara
1. tumis bawang merah, bawang putih dan lada kisar sehingga naik bau dan pecah minyak
2. masukkan sos tomato, sos cili, kicap dan sos tiram..kacau sekata. masukkan serbuk pati ayam dan gula..
3. Masukkan ayam, sotong udang fish ball , fishcake
4. Kemudian tuang air dalam secawan dan masukkan sayur sawi dan tomato
5. masukkan mee dan kacau. kalau nampak mee agak kering boleh tambah air sikit dan kalau tawar blh tambah garam. last skali letak tauge dan kacau sekata

Sumber resepi: tahrunnisah Jali 

Mee Hun Singapore

Resepi Mihoon Singapore
1 bungkus mee hoon (dicelur sekejap dalam air panas hingga lembut toskan
2 biji bawang sederhana besar*
3 ulas bawang putih*
3 sudu besar udang kering*
1/2 tiub daging hancur
sotong dipotong (toskan)
udang dibuang kulit(toskan)
lobak merah dipotong halus
sawi
kobis
bebola ikan/fish cake
2 sudu kecil lada hitam tumbuk boleh kurang jika banyak
garam dan sedikit gula
bahan hiasan
daun bawang/sup
lada merah potong serong
telor hancur (3 biji telor dipecahkan-kacau dan curah dlm pan panas tanpa minyak serta kacau bagi hancur)
Sambal kicap
sedikit cili api
1 ulas bawang putih
kicap dan perah limau nipis
(tumbuk cili dan bawang hingga hancur. Masukkan dlm bekas kecil dan curah kicap dan perah limau)
Caranya
1. Bahan bertanda di tumbuk halus
2. Panaskan minyak dlm kuali, tumis bahan tumbuk hingga naik bau
3. Masukkan daging dan lada hitam ...hingga masak
4. Masukkan pula udang dan sotong
5. Jika terlalu banyak air sewaktu memasak (air dr sotong/udang) boleh
curah dlm bekas lain.. kemudian masukkan sayur dan bebola ikan dan
perisakan dengan garam/gula
6. Akhir sekali masukkan mee hoon tadi kacau sebati. Jika tawar tabur
sedikit garam.
7. Hidangkan dengan taburan bahan hiasan tadi diatasnya

Ikan Masak Sambal/ Kicap

Bahan A (Gaul rata)
4-5 keping ikan tenggiri
Serbuk kunyit
Garam .
.
🐟Bahan B
* 1 labu bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 2-3 sudu besar serbuk cili (boleh + / -)
* 2 cili merah (boleh tambah jika suka).......(Blend bahan bertanda *)
3 sudu besar sos tomato
Kicap masin secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Cili padi (ketuk bagi pecah. Kuantiti ikut tahap kepedasan masing2. Tak perlu masukkan cili padi jika x suka pedas) 
1 labu bawang holland (hiris bulat)
Cili merah dan cili hijau (hiris serong)
1 biji tomato saiz besar (belah 😎 .
.
🐟Cara-Cara
1. Panaskan minyak secukupnya. Goreng ikan tenggiri hingga masak. Angkat dan ketepikan. 
2. Tinggalkan secukupnya minyak bekas gorengan ikan tadi. Masukkan bahan yang diblend. 
3. Masukkan sos tomato, kicap, garam dan gula secukupnya. Kacau sekali-sekala dan biar pecah minyak.
4. Rasa. Jika ok, boleh la masukkan ikan. Gaul rata. 
5. Masukkan bawang holland, segala mak nenek cili, dan tomato. Gaul. Siap. 

Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan
500gm Isi ayam yg telah dibersihkan,diasingkan dari tulang dipotong2 kiub sederhana besar
3 sudu besar kunyit serbuk*
1 sudu besar cili kisar*
2 ulas bawang putih - tumbuk halus*
2 sudu kecil tepung beras*
2 sudu kecil serbuk cukup rasa*
4-5 sudu air*
Garam secukup rasa
1 biji bawang holland dihiris
3 tangkai kacang panjang- patah2kan 2 inci
1/2 biji carrot - potong panjang2 sederhana
Minyak masak secukupnya
Cara2:
- Perap ayam dengan bahan2 bertanda (*) The bersama garam secukupnya selama 10minit..
- panaskan minyak yg agak banyak dalam kuali (goreng ayam pastikan ayam tenggelam)..
- bila minyak dah cukup panas masukkan ayam dan gorengkam hingga masak dan agak garing ye..
- Ayam dah masak, angkat dan toskan.. keluarkan minyak dari dalam kuali sehingga berbaki 2-3 sb sahaja minyak dalam kuali tersebut..
- hidupkan semula api dan tumiskan bawang besar holland, kacang panjang & carrot hingga masak.. tutup api, angkat dan satukan dgn ayam yg telah digoreng tadi.. gaul sekata..
P/s: untuk sotong dan udang tak perlu goreng terlalu lama ye..
Sumber resepi: Adnilsam Apat

Mee Sup

Bahan2:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil ( potongan soto) , dicuci bersih dan toskan
1 cawan udang segar
1/2 biji bawang besar holland - mayang nipis
1 labu bawang putih - ketuk bagi pecah
1 sudu besar serbuk lada sulah
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil jintan manis- tumbuk kasar
1 kiub pati stok daging
4 biji telur
2 biji tomato
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Bahan2 pelengkap menu yg lain:
1kg mee kuning - celur dgn air panas
1 ikat sawi - celur
Cili kicap - resepi ada di bawah
Daun sup & daun bawang - hiris
Bawang goreng
Cili merah- hiris
Cara2:
- Tumis bawang putih yang diketuk dengan sedikit minyak... Masukkan bawang besar... Tumis sehingga wangi dan keperangan...
- Masukkan serbuk lada sulah, jintan manis dan serbuk lada hitam...Kacau seketika...
- Masukkan ayam dan kacau rata lagi sehingga ayam kecut dan air ayam kering...
- Masukkan air agak2 laa jumlahnya ye... Saya guna lebih kurang 1.5 liter..Masukkan kiub stok daging, udang, tomato dan garam secukup rasa... Biarkan kuahnya mendidih... Ketika kuah mendidih boleh masukkan telur sebiji demi sebiji.. Biarkan hingga telur2 masak..
- Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan dengan mee atau mee hoon pun boleh, bersama bahan2 pelengkap menu yg lain...
Cili Kicap
Bahan2:
cili padi - anggaran dalam 7 biji cili api merah dan hijau
1 ulas bawang putih
2-3 biji limau nipis - perah airnya
Kicap cair lee kum kee
Gula
Cara2:
Cincang halus bawang putih dan cili api...Masukkan air perahan limau nipis dan kicap cair... Akhir sekali sesuaikan rasa dan masukkan gula secukup rasa..

Sumber resepi: Adnilsam Apat 

sup ketam

RESEPI SUP KETAM

Bahan-bahannya :
● 4 - 5 ekor ketam saiz sederhana ( 1-2 ekor besar)
● 4 ulas bawang merah - dimayang
● 2 ulas bawang putih - diketuk
● 1 1/2 inci halia - ditumbuk pecah.
● rempah 4 beradik - kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih
● 1 sudu makan rempah sup, 1 sudu teh serbuk lada hitam
● daup sup
● bawang goreng
● sedikit minyak utk menumis - guna minyak zaiton/bunga matahari pun bagus
● Air secukupnya

Cara-cara memasaknya :


1. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Bersihkan ketam. Jika besar boleh potong 2.

3. Panaskan minyak. Masukkan rempah 4 beradik.

4. Bila dah wangi, masukkan rempah sup (campak saja). Kacau-kacau seketika.

5. Masukkan air. Biar hingga mendidih

6 Masukkan ketam. Biar hingga masak.

7. Tambah lada hitam dan garam secukup rasa.

8 Sebelum dihidangkan, boleh taburkan daun sup dan bawang goreng.

Saturday, 7 October 2017

Tempe dan kentang masak kicap

Bahan-bahan:

Tempe-dipotong dadu
Kentang- di potong dadu atau memanjang
Bawag besar-ditumbuk
bawang putih-ditumbuk
ikan bilis--ditumbuk
Cili hijau atau cili padi-dihiris
sos tiram
kicap
garam

Cara-cara:
1. Gorengkan tempe dan kentang sampai garing. Goreng asing2, tak perlu campurkan dua2.  Ketepikan.
2. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk  sampai naik bau atau garing
3. Masukkan sos tiram dan kicap. Lepas tu masukkan cili hijau atau cili padi
4. Masukkan tempe dan kentang, kacau rata
5. Perasakan dengan garam

Nasi Goreng Cili Padi

Bahan-bahan:

1 biji Bawang besar-ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
1 biji Cili merah-ditumbuk
7 batang cili padi hijau -ditumbuk
Nasi setengah pot atau kurang
sayur kacang panjang/kubis/carrot
1 biji telur
garam


Cara-cara
1. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sampai naik bau atau garing
2. Pecahkan telur, biarkan kejap dan kacau
3. Masukkan nasi
4. Masukkan sayur dan kacau kesemuanya sampai sebati
5. Perasakan dengan garam


Monday, 25 September 2017

Cekodok Pisang

Bahan-bahan

- Pisang
-Tepung Gandum
-1 sudu gula
-Garam
-Air sejuk


Cara-cara

1) Lenyekkan pisang dekat di dalam bekas
2) Masukkan tepung sedikit demi sedikit, ikut kepekatan yg kita nak. Lepas tu tuang air sejuk sedikit. Kena hati2 untuk elak adunan terlalu cair
3) Masukkan gula dgn garam
4) Perapkan sekejap untuk bagi gula tu cair
5) Panaskan minyak dan boleh terus goreng. Minyak menggoreng biasa nya byk.

Pucuk Paku Goreng

Bahan-bahan

-Sayur pucuk paku
-Bawang merah kecik
-Bawang putih
-Udang Kering
-Sos tiram
-Cili merah (optional, xnk letak pun boleh)


Cara-cara

1) Tumbuk bawang merah kecik, bawang putih dan udang kering dan cili merah
2) Panaskan minyak, tumis bahan yg ditumbuk diatas sampai naik bau
3) Masukkan sos tiram
4) Masukkan pucuk paku
5) Masukkan garam kalau belum cukup rasa masin.

Monday, 18 September 2017

Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan
Ikan bilis-digoreng terlebih dahulu sampai garing
Bawang putih-potong dadu kecil2
Bawang merah (besar atau kecik mana2 je)-potong dadu
Carrot
Lada sulah (ikut sukatan sendiri)
Telur
2 cili padi hijau (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
1 cili padi merah (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
Garam
Nasi
Perencah nasi goreng cina

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sampai garing
2. Tukar minyak yg baru, masukkan bawang putih dan goreng sampai naik bau.
3. Kemudian masukkan bawang merah dan kacau lagi sampai layu.
4. Masukkan carrot dan lada sulah.
5. Lepas tu ketepikan sikit bahan2 di atas, pecahkan telur dan biarkan seketika kemudian kacau kesemuanya dgn bahan-bahan bawang tadi. Masukkan garam
6. Masukan cili padi dan nasi. Kacau sampai sebati dan masukkan perencah nasi goreng cina. Last sekali masukkan ikan bilis.




Wednesday, 12 July 2017

Resepi Sambal Belacan

Bahan-bahan
Belacan- digoreng seketika
Cili merah besar- dibuang biji nya
Cili padi hijau
Cili padi merah
Gula
Limau nipis


Cara-cara:
1) masukkan kesemua bahan kecuali limau nipis dan gula. Tumbuk hingha lumat.
2) Masukkan gula, tumbuk lagi. Kemudia perahkan dgn limau nipis. Rasa kan sama ada cukup semua atau tidak

Tuesday, 11 July 2017

Resepi Telur Dadar

Bahan-bahan
- telur (lagi banyak lagi tebal telur)
- 1 biji bawang besar- dihiris
- 2 biji bawang putih- dihiris
- daun bawang -dihiris
- daun sup- dihiris
- garam

Cara-cara
1. Pukul telur dan masukkan sedikit garam. Kemudian masukkan daun sup dan daun bawang
2. Panaskan kuali, tumis bawang besar dan bawang putih yg dihiris sehingga naik bau
3. Masukkan telur yg dah dipukul dan telah dimasukkan daun bawang,sup.
4. Masak hingga betul2 masak, sedia dihidang

Sayur Kubis Goreng

Bahan-bahan

Sayur kubis
Kentang- dipotong dan digoreng
Bawang merah kecik- dihiris
Bawang besar- dihiris
Bawang putih-dihiris
Cili merah-dihiris
Sedikit Sos tiram
Garam

Cara-cara
1. tumis bawang merah kecik, bawang besar, bawang putih dan cili merah sehingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram dan kacau rata
3. Masukkan kubis dan kentang. Kacau lagi sampai sebati dan masukkan sedikit bawang. Sedia dihidang

*kentang boleh diganti dgn carrot

Monday, 10 July 2017

Kuey teow goreng mak

Cara2:
Rebus udang bersama dgn kulit nya. Lepas dah rebus kopek kulit udang dgn kepala sekali. Letak air dalam blender dan masukkan kulit dgn kepala udang. Ambik air nya dah kulit dgn kepala tu boleh buang dah. Air udang ni letak dalam bekas dan dicampur tuang kan kicap manis, kicap pekat, sos tiram sikit. Ikut kegelapan yg kita nak.


Ketuk 2-3 biji bawang putih. Tumis kan dalam kuali. Dah naik bau masukkan cili blend dan kacau sampai garing/pecah minyak. Masukkan isi seafood atau ayam. Masukkan air udang dan kicap tadi  dan biarkan menggelegak. Dah menggelegak masukkan mee, sayur, garam dan gula. 

Sayur kubis+kacang buncis+carrot

Bahan-bahan
- 1 ulas bawang besar-dihiris
- 1 ulas bawang putih-dihiris
- cili merah-dihiris
- udang kering-di tumbuk
- sos tiram dalam satu sudu

Cara-cara
1) tumis bawang besar, bawang putih dah cili yg dihiris sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering dan kacau lagi.
2)Masukkan carrot untuk bagi carrot empuk dahulu. Masukkan sos tieam. Kemudia masukkan sayur kubis dan kacang. Kacau hingga hingga semua sayur layu. Masukkan sedikit garam dan sedia dihidang

*garam jgn byk sebab sos tiram dah masin


Saturday, 8 July 2017

Resepi Sambal Kentang dan Tempe

Bahan-bahan
-Tempe
- 1 biji kentang
- 1 genggam ikan bilis, dibersih, rendam sekejap
- 2 sudu cili kisar 
- 2-3 camca besar gula
- Garam secukup rasa
- 3 biji bawang merah- tumbuk
 - 3 ulas bawang putih- tumbuk

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tempe dihiris halus, kemudian digoreng hingga garing, angkat dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap satu dan hiris kecil dan goreng hingga perang, angkat dan toskan. Ikan bilis toskan, perah hingga kering dan goreng hingga garing. Angkat, dah toskan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan. Tumis bahan tumbuk halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan gula, dan garam secukup rasa, Kacau rata dan bila sambal berubah warna, masukkan tempe, kentang dan ikan bilis, gaul hingga rata. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan...
Sumber: tiffin biru. 

Friday, 2 June 2017

Mee Hun Goreng Nenek

Bahan-bahan

- Mee hun direndam dua jam dan toskan
- bawang putih
- bawang merah
- bawang besar (option)
- udang kering-tumbuk
- cili kisar
- air masak sedikit
- tauge
- kicap
- taucu -kalau nak letak
- ayam, udang, fishball dan lain-lain (ikut kesukaan)
- garam


Cara-cara

1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan bawang besar. Kemudian tumiskan sampai naik bau.
2. Masukkan cili kisar, tumis lagi sampai garing dan pecah minyak. Masukkan sama ada ayam/udang/fisball dan kemudian tuangkan sedikit air masak. Biarkan menggelegak supaya bahan-bahan tadi empuk.
3. Masukkan mee, kacau sampai rata dan renjiskan kicap dalam dua tiga kali
4. Boleh masuk udang kering dan letakkan taucu
5. Masukkan sayur dan perasakan dgn garam. Garam jgn byk sebab taucu dah masin. Kacau lagi bagi semua sebati dan boleh hidang.

**udang kering boleh juga ditumbuk dan ditumis sekali dgn bawang kalau nak aroma udang kering tu lebih.

Cucur Udang

Resepi ni diambil dari FB Tahrunnisah Jali. Saya dah cuba memang menjadi

Resepi Cucur udang crunchy (10 biji saiz besar)
2 cawan tpg gandum
1 1/3 cawan air suam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil gula
Segenggam udang geragau-basuh dahulu
Sedikit garam/secukup rasa
1/2 sudu kecil Baking powder
1 biji telur
Pewarna kuning/kunyit serbuk
Bawang hiris
Daun kucai
Tauge
10-12 ekor Udang... dibersihkan dan dikeringkan dgn tisu
# pastikan senduk sentiasa dlm minyak panas
Caranya
1. Campur semua bahan di atas kecuali sayur2
2.perap setengah jam/sejam
3. Tambah Sayur n kacau sebati
4 panaskan minyak dan masukkan senduk dlm minyak panas
5. Angkat senduk n masukkan adunan n letak udang serta masukkan semula dlm myk panas...
6. Biarkan sekejap n goyang2 senduk n cucur akan terkeluar sendiri senduk
7. Goreng sehingga warna keperangan/coklat
8. Boleh dicicah dengan sos Thai

*cawan yang digunakan adalah cawan sukatan untuk buah kuih, bukan cawan minum tu. 

Wednesday, 24 May 2017

Tempe Goreng

Bahan-bahan

- Tepung ubi -1/2 sudu
- Tepung gandum - 1 sudu (kena lebih dari tepung ubi)
- Tumbuk jintan, ketumbar
- Kunyit
- Garam

Cara-cara

1.Gaulkan kesemua bahan dalam satu bekas dan gaulkan tempe didalamnya. Nak perap kejap  pun boleh. Lepas tu boleh goreng.

Sayur Bayam Goreng

Bahan-bahan

- Sayur bayam-disiang
- Bawang besar-dihiris
- Bawang putih-dihiris
- Cili merah-dihiris
- Ikan bilis
- Garam
-Sos tiram

Cara-cara

1. Tumis bahan- bahan yg dihiris (bawang besar, bawang putih, cili merah) serta ikan bilis. Tumis sampai layu dan naik bau
2. Masukkan bayam
3. Masukkan sos tiram
4. Garam sedikit sahaja jika perlu kalau belum cukup rasa masin sebab sos tiram dah masin
Add caption



Ikan Masak Kicap

Cara-cara
1. Goreng dulu ikan yang telah diletakkan kunyit dan garam
2.Tumbuk lada hitam, bawang merah kecik, bawang putih, halia. Lepas tu tumis sampai naik bau
3. Lepas tumis, masukkan pula bawang besar, bawang holland, cili besar merah dan hijau, bunga cengkih, lawang, pelaga. Tumis sampai layu dan naik bau. Lepas tu masukkan kicap ikut kehitaman yang kita nak, sos tiram sikit sahaja. Masukkan air. Kacau dan biarkan menggelegak. Lepas tu masukkan gula, masukkan ikan yang telah digoreng dan biarkan lagi menggelegak. Letak cuka sikit sahaja jika nak. Biarkan menggelegak lagi untuk ikan sebati dgn kicap dan kemudian boleh dihidang


Kangkung Goreng

Bahan-bahan

- sayur kangkung
- bawang merah-tumbuk
- bawang putih (satu untuk tumbuk lumat, satu lagi ketuk)
-Udang kering- tumbuk
- Cili Merah-tumbuk
- Belacan
- Sos tiram
-Garam

Cara-cara
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili merah.
2. Letak minyak, masukkan belacan dan bawang putih yang diketuk dahulu. Tumis sebentar
3. Lepas tu baru masukkan bahan tumbuk (1.) dan kacau hingga naik bau
4. Masukkan sayur kangkung dan kacau rata
5. Masukkan sos tiram dan garam. Kacau lagi dan boleh dihidang


Monday, 24 April 2017

Sambal Goreng Jawa (majlis kahwin)

Bahan-bahan:
- Kentang
- Cili kering (gunting halus dan dibasuh dengan air)
- tempe
- bawang putih
- bawang merah kecil
- belacan
- ikan bilis-ditumbuk
- santan pekat
- suun
- fucuk-digoreng
- kicap
- lengkuas-sedikit sahaja dalam sehiris
- air asam jawa-sedikit sahaja
- Garam
- Gula

Cara-cara:

1) Panaskan minyak. Masukkan sedikit garam dan goreng dahulu tempe, kentang dan fucuk. Tempe dengan kentang kena goreng sedikit2 jgn masuk semua sekali. Fucuk goreng kejap je sebab dia cepat hangus. 
2) Gunakan minyak yang sama. Masukkan bawang putih tapi goreng tak perlu sampai kekuningan. Ala kadar sahaja
3) Masukkan bawang merah kecik dan lengkuas
4) Masukkan ikan bilis
5) Masukkan belacan
6) Masukkan air asam jawa sedikit
7) Masukkan santan pekat, kacau sebentar. Kemudian masukkan kicap ikut kegelapan yang kita nak. Kacau lagi sampai tumisan tadi keluar minyak. 
8) Masukkan tempe, kentang, fucuk, suun dan cili kering. Gaul kesemua nya.  
9) Perasakan dengan garam dan gula 

Tuesday, 7 March 2017

Mee GOreng Basah

Bahan-bahan
- mi kuning
- Udang basah
- cili kisar
- bawang merah-ditumbuk
- bawang Putih-ditumbuk
- sedikit sos cili
- sedikit sos tiram
- garam
- gula
- sedikit kicap

Cara-cara
- Tumis bawang besar, bawang putih yg ditumbuk. Setelah naik bau, masukkan cili kisar. Kacau sampai pecah minyak.
- Masukkan sos cili, sos tiram dan udang.
- Masukkan mee kuning, renjiskan sedikit kicap, perasakan dengan garam dan gula